Thursday 8 December 2011

Contoh RPH Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

Mata Pelajaran & Kelas:
Dunia sains teknologi
Elemen TMK
Tema /Topik:
Mencari maklumat
Masa:
60 minit
Standard Pembelajaran: 
1.3, 3.1, 3.2
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir P&P murid dapat :
  1. Menamakan sekurang-kurangnya tiga jenis sumber maklumat TMK.
  2. Mencari maklumat melalui enjin carian dalam bentuk teks dan imej berdasarkan kata kunci.
  3. Menyatakan sumber maklumat diperolehi dari laman web.
  4. Mengekstrak, mengumpul dan menyimpan maklumat.
Aktiviti P&P:
  1. Menyenaraikan pelbagai sumber maklumat TMK.
  2. Mengekstrak, mengumpul dan menyimpan maklumat  berdasarkan kata kunci (haiwan bergerak) menggunakan enjin carian di laman web.
EMK:
Komunikasi – memilih  teks dan imej yang sesuai daripada laman web.
Bahan Bantu Belajar:
Perisian MS Word, MS Powerpoint,enjin carian di laman web.
Penilaian P&P:
  1. Murid boleh mengetahui sumber maklumat  TMK, mencari maklumat melalui laman web, mengekstrak, mengumpul dan menyimpan maklumat.
Refleksi:
35 murid berupaya mengumpul maklumat yang relevan dengan tugasan menggunakan enjin carian  tanpa bimbingan guru manakala 5 murid di beri bimbingan oleh guru.
Perincian Aktiviti p&p:
1.       Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan sumber maklumat yang ada di persekitaran mereka.
2.       Guru menunjukcara mencari maklumat menggunakan enjin carian berdasarkan kata kunci.
3.       Murid mencari maklumat menggunakan enjin carian dengan kata kunci haiwan bergerak.
4.       Murid mengekstrak, mengumpul dan menyimpan teks dan gambar-gambar tiga cara haiwan bergerak :
i.                     Merangkak
ii.                   Terbang
iii.                  Berjalan

Saturday 8 October 2011

Format Penulisan RPH KSSR


CONTOH FORMAT RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR

  1.  
Mata pelajaran  dan Kelas
  1.  
Tema / tajuk
  1.  
Masa
  1.  
Standard pembelajaran (Kod sahaja)
  1.  
Objektif pembelajaran
  1.  
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
  1.  
Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan 
dan TMK merupakan EMK yang diberi
penekanan dalam KSSR. EMK sedia ada 
seperti Bahasa, Sains dan Teknologi,
Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni
dan Patriotisme masih boleh diterapkan
dalam pengajaran dan pembelajaran.
  1.  
Bahan Bantu Belajar
  1.  
Penilaian pengajaran dan pembelajaran
  1.  
Refleksi :
i.   Nyatakan bilangan murid yang mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran
ii.  Tindakan susulan (pemulihan, pengukuhan 
dan pengayaan)