Thursday 29 September 2011

kita hanya ada 8 planet

KITA HANYA ADA 8 PLANET




Pluto, disayangi oleh sesetengah orang sebagai kosmik yang tertekan tetapi dicemuh oleh ahli-ahli astronomi dengan menyifatkannya terlalu kecil molek dan jauh serta tidak dialu-alukan statusnya sebagai planet.

Kesatuan Astronomi Antarabangsa, secara drastik telah mengadakan kajian semula, seminggu selepas muncul idea untuk mengesahkan semula status pluto dan menambah tiga lagi planet baru yang terletak berhampiran dengan Pluto - menurunkannya sebagai planet kesembilan dalam sejarah sistem galaksi.

Perubahan itu akan menyebabkan para guru di seluruh dunia terpaksa meneliti semula jadual pengajaran apabila sesi persekolahan kembali dibuka pada musim luruh.

"Ia memerlukan sedikit penjelasan tetapi tidak lebih daripada pengesahan semula dan saya tidak rasa ia akan mendatangkan masalah," kata Neil Crumpton, guru sains di sebuah sekolah tinggi di utara London.

"Sains merupakan mata pelajaran yang mengalami perubahan dan ia akan terus begitu."

Pakar berkata, penggunaan teleskop berkuasa tinggi yang baru akan mengubah cara mereka mengukur misteri sistem solar.

Bagaimanapun, para saintis yang menghadiri satu persidangan menunjukkan bahagian lemah yang membandingkan Pluto iaitu karakter anjing Walt Disney serta membayangkan semangat Pluto akan terus hidup dan sesuatu akan menarik untuk diterokai pada masa akan datang.

"Perkataan 'planet' dan pandangan bahawa planet turut mempunyai emosi wujud kerana ia kita pelajari semasa kanak-kanak lagi," kata Richard Binzel, seorang profesor sains planet di Institut Teknologi Massachusetts yang cuba memberi pentafsiran baru.

"Semuanya benar-benar mengenai sains, iaitu tentang bagaimana mendapatkan fakta-fakta baru," kata beliau.

"Sains terus beredar... banyak lagi Pluto menanti untuk ditemui."

Pluto, sebuah planet yang ditemui pada 1930, mendapat perhatian apabila ia tidak menepati peraturan baru iaitu planet tidak hanya mengorbit matahari dan mempunyai saiz yang cukup besar tetapi mesti "mempunyai kawasan orbitnya yang jelas".

Keadaan itu menyebabkan penyingkiran Pluto kerana orbitnya empat segi panjang dan bertindih dengan orbit Neptun, sekali gus mengurangkan bilangan planet dalam sistem solar kepada lapan berbanding secara tradisinya sembilan.

Ahli-ahli astronomi telah bekerja keras tanpa mendapat definisi sejagat mengenai planet sebelum Copernicus membuktikan Bumi beredar mengelilingi matahari dan pakar-pakar berkumpul di Prague berpecah pendapat apabila garis panduan itu diluluskan.


Dijangkakan, penurunan status Pluto akan mencetuskan banyak nostalgia.

"Ia sesuatu yang mengecewakan dan mengelirukan," kata Patricia Tombaugh, 93, balu kepada Clyde Tombaugh orang yang menemui Pluto.

"Saya tidak tahu bagaimana anda mengendalikannya. Ia seperti saya telah kehilangan pekerjaan," katanya.

"Tetapi saya faham, sains bukanlah sesuatu yang hanya duduk diam. Ia bergerak. Cylde pernah berkata sebelum beliau meninggal, ia ada di situ. Walau apa pun, ia ada di situ."


Keputusan IAU (Kesatuan Astronomi Antarabangsa), pegawai pemutus berhubung objek di angkasa, telah mengetatkan keahlian dalam kelan kosmik elit kepada lapan planet sahaja : Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.

Pluto dan objek sepertinya akan dikenali sebagai planet kerdil (dwarf planet) yang akan menimbulkan persoala berkaitan semantik : Jika baju hujan masih baju, jika telefon bimbit masih telefon, kenapa planet kerdil masih planet?

Menurut NASA, penurunan status Pluto tidak menjejaskan misi kapal angkasanya New Horizon yang bernilai USD 700 juta (RM2.59 billion), yang akan memulakan pengembaraan selama sembilan tahun setengah bermula tahun ini bagi mengkaji rahsia objek ganjil itu.

Bagaimanapun, ketua misinya, Alan Stern berkata, beliau 'kecewa' dengan penurunan status Pluto dan menjangkakan undian yang dibuat Khamis lalu (24 Ogos 2006) tidak akan menamatkan perdebatan.

Walaupun 2,500 ahli-ahli astronomi dari 75 negara menghadiri persidangan itu, hanya 300 sahaja yang mengundi.

"Ia hanya satu istilah. Ia memberikan kesan buruk kepada sains," katanya. "Ia tidak akan berakhir."


Di bawah peraturan baru, dua atau tiga objek yang dikesan berhampiran dengan kawasan Pluto, akan turut ditakrifkan sebagai planet kerdil iaitu asteroid Ceres, sebuah planet pada 1800-an sebelum diturunkan status dan 2003 UB313, objek ais lebih besar dari Pluto yang ditemui oleh Michael Brown dari Institut Teknologi California, dengan nama samaran 'Xena'.

Objek ketiga, bulan terbesar di Pluto, Charon tidak pada kedudukan betul untuk diberikan sebarang gelaran.


Sumber : Utusan Malaysia, 26 Ogos 2006, muka surat 11

Pameran dinos alive Pusat Sains Negara

Jom tengok eksperimen Belon Udara panas...

Tuesday 27 September 2011

FAKTA MENGENAI DUNIA SAINS.


Sains selalu memberikan misteri buat kita semua. Masih banyak fakta-fakta menarik yang tersembunyi yang terkadang di luar dugaan kita. Manusia sebagai makhluk yang selalu ingin tahu telah membuka banyak pintu dan masih akan terus mengungkap kebenaran.
Inilah antara 9 dari berjuta-juta fakta sains mengagumkan lain yang mungkin anda belum tahu.
1.     Kalau kamu menggosokkan bawang ke kaki, sekitar 30 – 60 menit, baru anda bisa merasakannya. Ini karena bawang tersebut mengalir melalui aliran darah.
2.    Anda tidak akan bisa bunuh diri dengan menahan nafas (kalau anda melakukannya sampai tak sadarkan diri, anda akan mulai bernapas normal secepatnya).
3.    Di satu inci persegi kulit manusia terdapat 20 juta makhluk mikroskopik.
4.    Jari tangan tumbuh empat kali lebih cepat dari jari kaki.
5.     Pasir apung tidak dengan cepat membunuh manusia karena biasanya tidak terlalu dalam. Faktanya, sangat sulit membebaskan diri dari pasir apung dan inilah yang menyebabkan kematian.
6.    Gaya yang diperlukan untuk memengangkat sebuah kaki dari     pasir apung dengan kecepatan satu centimeter per detik sama dengan gaya yang dibutuhkan untuk mengangkat mobil berukuran sedang.
7.    Ikan mas yang ditaruh di tempat gelap akan berubah menjadi putih. Dan kalau bukan kerana pengaruh makanan, mereka akan berubah menjadi putih seluruhnya.
8.    Tidak seperti lebah lainnya, penyengat ratu lebah tidak berduri dan bisa digunakan berkali-kali tanpa melukainya.
9.    Tiram bisa berubah antara jantan dan betina.

Tuesday 20 September 2011

Tugasan oh tugasan

mmmm semester baru dah bermula... tugasan pun dah banyak yang dapat tapi blum tahu mana satu yang perlu disiapkan dulu....